Friday, November 29, 2013

HALAL DAN BERKAT

Pada hari sabtu lepas, saya pergi ke kedai bahan-bahan kek di area rumah saya...selepas membeli dan hendak reversekan kereta dari petak parking...saya ternampak 2 orang pekerja maintenance servis sedang bersiap untuk pulang agaknya (dah habis waktu kerja)..

Salah seorang pekerja itu sedang menuangkan sabun dari bekas besar ke botol mineral...mungkin saya salah sangka...tetapi begini lah yang terdetik di hati saya...

Adakah dia ambik sabun kepunyaan majikannya untuk tujuan kerja-kerja membersih kawasan yang mereka jaga...Ya Allah, ampuni dosa kami...jauhkanlah kami dari tipu daya syaitan...jadikan kami hambaMu yang mengharapkan rezeki yang halal dan berkat dari Mu...amin

Wednesday, September 25, 2013

BUBUR SOM-SOM ASLI



Ini adalah kuih kegemaran kami sekeluarga..bubur som som dan saya suka mengekalkannya dalam keadaan aslinya iaitu putih bersih seperti gambar yang saya ambil dari blog Yatie, thanks Yatie for sharing the recipe .. Anda boleh juga lihat resepinya disini http://yatiememories.blogspot.com/2013/07/bubur-som-som.html

Dibawah ini saya sharekan resepi saya dan ianya sesuai untuk hidangan kita sekeluarga, tidak terlalu banyak..saya suka kuih juga kerana mudah disediakan dan tidak mengambil masa yang banyak amat sesuai untuk saya sebagai ibu bekerja...

Selalunya bulan puasa adalah bulan dimana saya akan buat kuih ini  berkali-kali dalam sebulan

Bahan-bahan seperti berikut:

Bahan A
1 cawan tepung beras
2 cawan santan (jika guna santan kotak, sukat ia 2 cawan dan yang kurang dicampurkan air agar cukup 2 cawan sukatan itu)
1 cawan air
2 sudu kecil garam halus

Bahan B
1 buku gula melaka (dalam 300g)
3 sudu besar gula pasir
3 cawan air
2 helai daun pandan

Cara untuk kuihnya:
1. Satukan bahan A dalam periuk atau kuali (yang mudah untuk kita kacau semasa kita memasakkannya)
2. Masakkan dia atas api sederhana kecil dan kacau hingga likat & berkilat
3. Matikan Api dan angkat untuk kita masukkan ke dalam bekas2 kecil atau boleh juga masukkan ke dalam
    loyang.
4. Biarkan sejuk dan siap untuk dimakan.

Sedap di makan sejuk-sejuk dari peti ais.

Cara untuk kuahnya:
1. Campur semua bahan B, panas kan diatas api sederhana sehingga semuanya mencair dan sebati
2.Didihkan seketika, matikan api kemudian sejukkan


Ok, selamat mencuba... :)

KEBERSIHAN

Smiling Eggs Stock Photo

Telor, anak-anak saya suka telur...telur dadar, telur hancur, telur mata dan telur rebus...beli satu papan 30 biji cepat je habis...saya juga banyak guna dalam pembuatan kuih dan kek saya.

Perkara yang saya nak kongsi ialah. sebelum kita menggunakan telur-telur yang kita beli. Wajiblah kita membasuhnya dahulu. Ini kerana terdapat najis dan kekotoran lain pada kulitnya.

Guna span lembut bersabun, sapu atau gosokkan kpd kulit telur tersebut. Kemudian lalukan pada air paip untuk membilasnya. Dan seterusnya, ianya ready untuk digunakan...

Sunday, March 31, 2013

Salam Perkenalan...

Ruang ini saya cipta sebagai satu ruang saya berkongsi resepi, petua-petua dan informasi masakan...juga sebagai khazanah untuk tatapan dan panduan anak-anak tersayang serta kepada sesiapa jua di masa akan datang...semoga usaha yang kecil ini dapat dimanfaatkan dan menjadi sedikit jariah dari saya ....

Saya ingin share latar belakang saya, saya berasal dari daerah Muar, Johor..Muar yang terkenal dengan masakan Asam Pedas dan Mee Bandung..juga hasil perikanannya yang segar dan sedap..

Nak kata saya ni pandai sangat memasak itu tak lah...tetapi minat dan demi suami serta anak-anak saya berusaha sehingga saya mampu memasak hidangan untuk keluarga sekarang ini...dan pengalaman ini lah yang ingin saya kongsikan...

Saya ingin menggalakkan bahawa masaklah untuk suami dan anak-anak anda...mereka akan mengenangnya sehingga bila-bila sebagai memori yang indah bersama kita suatu hari nanti..

Yang paling penting makanan menjadi darah daging dan ianya membentuk hati kita..semoga makanan yang kita makan akan memberikan kita tenaga, khasiat dan barakah dalam hidup kita...Insyallah