Wednesday, September 25, 2013
BUBUR SOM-SOM ASLI
Ini adalah kuih kegemaran kami sekeluarga..bubur som som dan saya suka mengekalkannya dalam keadaan aslinya iaitu putih bersih seperti gambar yang saya ambil dari blog Yatie, thanks Yatie for sharing the recipe .. Anda boleh juga lihat resepinya disini http://yatiememories.blogspot.com/2013/07/bubur-som-som.html
Dibawah ini saya sharekan resepi saya dan ianya sesuai untuk hidangan kita sekeluarga, tidak terlalu banyak..saya suka kuih juga kerana mudah disediakan dan tidak mengambil masa yang banyak amat sesuai untuk saya sebagai ibu bekerja...
Selalunya bulan puasa adalah bulan dimana saya akan buat kuih ini berkali-kali dalam sebulan
Bahan-bahan seperti berikut:
Bahan A
1 cawan tepung beras
2 cawan santan (jika guna santan kotak, sukat ia 2 cawan dan yang kurang dicampurkan air agar cukup 2 cawan sukatan itu)
1 cawan air
2 sudu kecil garam halus
Bahan B
1 buku gula melaka (dalam 300g)
3 sudu besar gula pasir
3 cawan air
2 helai daun pandan
Cara untuk kuihnya:
1. Satukan bahan A dalam periuk atau kuali (yang mudah untuk kita kacau semasa kita memasakkannya)
2. Masakkan dia atas api sederhana kecil dan kacau hingga likat & berkilat
3. Matikan Api dan angkat untuk kita masukkan ke dalam bekas2 kecil atau boleh juga masukkan ke dalam
loyang.
4. Biarkan sejuk dan siap untuk dimakan.
Sedap di makan sejuk-sejuk dari peti ais.
Cara untuk kuahnya:
1. Campur semua bahan B, panas kan diatas api sederhana sehingga semuanya mencair dan sebati
2.Didihkan seketika, matikan api kemudian sejukkan
Ok, selamat mencuba... :)
KEBERSIHAN
Telor, anak-anak saya suka telur...telur dadar, telur hancur, telur mata dan telur rebus...beli satu papan 30 biji cepat je habis...saya juga banyak guna dalam pembuatan kuih dan kek saya.
Perkara yang saya nak kongsi ialah. sebelum kita menggunakan telur-telur yang kita beli. Wajiblah kita membasuhnya dahulu. Ini kerana terdapat najis dan kekotoran lain pada kulitnya.
Guna span lembut bersabun, sapu atau gosokkan kpd kulit telur tersebut. Kemudian lalukan pada air paip untuk membilasnya. Dan seterusnya, ianya ready untuk digunakan...
Subscribe to:
Posts (Atom)